Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

PERSATUAN

DOKTOR HOMEOPATI MALAYSIA

(MALAYSIAN HOMOEOPATHIC DOCTORS ASSOCIATION)

 

 

 

Kata-Kata Aluan Presiden

 

 

Dr. K. Mathiya

 

Saya sebagai Presiden Persatuan Doktor Homeopati Malaysia dan Pengetua Homeo Research & Educational Institute, ingin memberi makluman kepada graduan dan ahli- ahli persatuan serta Pengamal Homeopati keseluruhannya. Pada tahun 1982 sewaktu bertapaknya Homeo Research & Educational Institute, hampir 2000 graduan telah lulus untuk menjadi pengamal Homeopati. Sebelum tahun 1990, graduan yang lulus hanyalah mendapat Diploma sahaja. Semenjak tahun 1995, hampir 70 graduan telah berjaya memperolehi gelaran Doktor yang dapat membuat praktis secara lengkap. Walaupun di Malaysia, terdapat beratus-ratus klinik homeopati, tetapi ia tidak begitu popular. Sebaliknya kebelakangan ini, masyarakat Malaysia mula berminat terhadap Homeopati. Ini adalah kerana, cara rawatannya semakin meningkat maju. Seterusnya lahirlah, Persatuan Doktor Homeopati Malaysia dimana Penaungnya adalah KDYMM Tuanku Sultan Kedah sendiri dan YAB Dato' Seri Menteri Besar selaku Penasihat Kehormat Persatuan.

 

Walaupun terdapat banyak persatuan di Malaysia, Persatuan Doktor Homeopati Malaysia begitu dikagumi oleh masyarakat Malaysia, disebabkan kejayaan yang dicapai didalam aktiviti-aktivitinya.

 

Pada tahun 1995, persatuan telah menubuhkan sebuah Hospital Mini " Ala Kampung ", dan ia telah mendapat sambutan yang amat membanggakan, dimana hampir 4000 orang pesakit telah mendaftar sebagai pesakit. Ini termasuklah pesakit-pesakit yang datangnya dari Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura sehinggalah orang Eropah juga berminat untuk datang dan melawat seterusnya meminta izin untuk mempelajari kaedah- kaedah yang diamalkan di hospital ini. Walaupun mereka dalam bidang Perubatan Allopati dan mempunyai banyak pengalaman serta gelaran sebagai specialist, namun mereka juga ingin tahu kaedah yang digunakan di Hospital Mini ini. Ini adalah kerana kejayaan rawatannya yang luar biasa. Oleh itu, doktor-doktor di Malaysia didalam bidang Allopati turut serta belajar di Homeo Research & Educational Institute semata-mata ingin tahu bagaimana kami mendapat kejayaan didalam merawat satu-satu penyakit. 

 

Adalah sesuatu yang membanggakan bagi pengamal-pengamal yang berkorban diri untuk bertungkus lumus bertugas di Hospital Mini untuk mencari pengalaman dalam latihan praktikal.  Walaupun di Hospital ini terdapat beberapa kekurangan dari segi kemudahan, tetapi pesakit yang datang untuk menerima rawatan amat berpuas hati kerana perkhidmatan dan rawatan baik yang diberikan. 

 

Hasrat PDHM adalah ingin menyumbangkan jasa kepada golongan termiskin.  Sebaliknya orang yang mempunyai kewangan yang lebih banyak datang dari jauh untuk merawat di hospital ini.  Walaupun demikian, persatuan tidak pilih kasih kepada masyarakat Malaysia.  Hospital telah menetapkan bayaran ubat bagi kanak-kanak sebanyak RM 7, RM 12 untuk orang dewasa dan RM 15 untuk pesakit dalaman, termasuklah makan, minum, tempat tidur dan ubat-ubatan. 

 

Bayaran ini terkecuali dari pengantungan narkotik, HIV dan mental.  Dari segi pentadbiran di hospital ini adalah serba kekurangan kerana hospital tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak.  Kami menyanjung tinggi dan mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya mendapat sumbangan dan bantuan daripada mereka yang ikhlas.  Kami juga menjemput semua pihak yang berminat untuk melawat hospital bagi meninjau cara, rawatan dan pentadbirannya.  Kalau diinzinkan Tuhan, tidak lama lagi, kami akan menubuhkan Hospital Homeopati di dalam bandar di Pulau Pinang atau Kedah.

 

 

Dr. K. Mathiya

Presiden Persatuan Doktor Homeopati Malaysia   

 

 

 

   MAIN PAGE     

  WELCOME MESSAGE    

 COURSES (English)        

  COURSES (Malay)    

 HOMOTOXICOLOGY 

ACTIVITY

 HOMOEOPATHY  DR. HAHNEMANN  TREATMENT 

  PRICE LIST

                                 

CONTACT US